Pembangunan Aplikasi Berasaskan Android Bagi Sub Topik Asas Pemilihan Pakaian Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4

Authors

  • Rika Tamrin Fakulti Teknik Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mohamed Nor Azhari Azman Fakulti Teknik Dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Multimedia Interaktif, Aplikasi Mudah Alih, M-Pembelajaran, Model ADDIE, Sains Rumah Tangga

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan aplikasi pembelajaran berasaskan android bagi subtopik Asas Pemilihan Pakaian berdasarkan teori ADDIE dan mendapatkan pengesahan daripada pakar, berdasarkan permasalahan yang telah dikenalpasti sebelumnya iaitu berkaitan keperluan penggunaan teknologi dalam pembelajaran berbanding pembelajaran secara konventional. Pengumpulan data akan dijalankan melalui kaedah temu bual bersama responden. Kaedah temu bual yang dijalankan adalah temu bual secara mendalam. Seramai tiga orang responden telah dipilih dengan teliti iaitu dari kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman 10 tahun ke atas serta kaitan yang dimiliki oleh responden-responden tersebut terhadap mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 dan juga dalam bidang yang berkaitan dengan multimedia. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada daripada dapatan hasil temu bual akan di analisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Reka Bentuk penyelidikan yang digunakan ialah Pembangunan Produk. Manakala, proses pembangunan yang digunakan adalah dengan merujuk model ADDIE: iaitu (i) Analisis (Analysis), (ii) Reka Bentuk (Design), (iii) Pembangunan (Development), (iv) Pelaksanaan (Implementation), dan (v) Penilaian (Evaluation) dengan mengambil kira aspek seperti isi kandungan dan juga elemen antara muka aplikasi mudah alih yang dikaji berdasarkan Teori ADDIE tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa isi kandungan dan juga elemen antara muka aplikasi mudah alih ini telah mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan pada mula aplikasi Pemilihan Pakaian ini hendak dibangunkan. Pembangunan aplikasi ini dapat memberi nilai tambah bagi topik Asas Pemilihan Pakaian mata pelajaran SRT Tingkatan 4 kerana boleh dicapai melalui Google Playstore. Oleh itu, kajian ini mampu memberikan manfaat kepada pengguna aplikasi ini dan juga mampu memberikan manfaatnya dalam dunia pendidikan khususnya dalam mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4

Downloads

Download data is not yet available.

References

Bacotang, J., Che Mustafa, M., Mohamedisa, Z., & Arshad, M. (2016). Aplikasi Model ADDIE Dalam Pembangunan Modul Literasi Awal (ModulLit-A) Untuk Awal Kanak-Kanak. Diperolehi daripada https://www.researchgate.net/publication/315806464_Aplikasi_Model_ADDIE_dalam_Pembangunan_Modul_Literasi_Awal_Modul_Lit-A_untuk_Awal_Kanak-kanak.

Klopfer, E., Sheldon, J., Perry, J., & Chen, H.-H. V. (2012). Ubiquitous games for learning (UbiqGames): Weatherlings, a worked example. Journal of Computer Assisted Learning, 28(5), 465-476.

Nawi. A., & Zakaria, G, A. N. (2016). Pembangunan Dan Penilaian Portal IPBL Di Politeknik Brunei. Malaysian Journal of Communication, 32(1), 415-444.

Nordin, H., & Singh, D. (2018). Ulasan Elemen Reka Bentuk Antara Muka bagi Meningkatkan Keterlibatan Pelajar terhadap E-Pembelajaran di Institusi Pengajian. Malaysian Journal of Information and Communication Technology. 1 (2), 89-108. Diperolehi daripada file:///C:/Users/user/Downloads/null.pdf.

Rossyahida, A. R., & Mohamad Hisyam, M. H. (2011, November). M-Pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional, Pulau Pinang.

Safaat, N. (2012). Android; Pemrograman Aplikasi Mobile Smartphone dan Tablet PC Berbasis Android.

Yusoff, A. F. M., & Romli, A. B. (2018). Usability of Mobile Application (Mobile Apps) in The Course of Science: Technology and Engineering in Islam (M-ISTECH) Polytechnics in Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia. Diperolehi daripada http://journal.kuis.edu.my/attarbawiy/wpcontent/uploads/2018/06/Vol.2_No.1_2018_18-28.pdf .

Downloads

Published

2021-02-15

How to Cite

Tamrin, R., & Azman, M. N. A. (2021). Pembangunan Aplikasi Berasaskan Android Bagi Sub Topik Asas Pemilihan Pakaian Mata Pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 4. Asian Pendidikan, 1(1), 28-36. Retrieved from https://www.arsvot.org/index.php/aspen/article/view/38